Kesibukkan
Yang Menyelamatkan Diri
Aku lebih suka melihat kehidupan sahabatku yang sudah
bergelar pemimpin pelajar. Setiap hari dia asyik sibuk sahaja dengan pelbagai
tugas dan sering sahaja bergelut untuk menguruskan pelajarannya lagi.
“Sombonglah dia tu. Mentang-mentanglah dah jadi pemimpin pelajar,” kata seorang
pelajar kepada rakannya sambil mencebik bibirnya.
“Biasalah bila orang dah ada kuasa,” balas rakannya.
Aku hanya mampu duduk mendengar dari arah belakang sambil menghirup air milo di
dewan makan yang luas itu. Kehidupan sahabatku saban hari menjadi buat mulut
orang yang jarang sekali memahami apa yang diperkatakan mereka.
Di suatu sudut lain di dalam dewan makan itu, aku terlihat sepasang kekasih
sedang asyik bercengkerama. Bukan main seronok lagi mereka berdua berkasih
sayang sehingga tidak mempedulikan orang disekeliling yang sejak tadi
memerhatikan mereka berdua.
Sebahagian pelajar tidak mahu sibuk berpersatuan kerana takut pelajaran
tergugat tetapi sanggup terjun dalam kesibukan ber’couple’ yang bakal
melemaskan hubungan mereka Tuhan dan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Paling
merugikan, hubungan mereka dengan Tuhan makin terhakis.
Untunglah dari suatu sudut bagi sahabatku itu, kesibukannya sedikit sebanyak
menyelamatkan dirinya daripada melakukan perkara maksiat. Ke sana ke mari
berusaha memenuhi tanggungjawab yang telah ditugaskan. Moga terus istiqamah dan
selamat dari tsunami maksiat hati dan anggota badan. Teruslah bersemangat
menunaikan tanggungjawab sahabatku.
No comments:
Post a Comment