Suntikan Sekularisme dalam Sistem Pendidikan
Jika dilihat kembali pada aspek sejarah, pada awal
penjajahan Barat ke atas dunia Islam adalah dengan memberi pengaruh pemikiran
mereka kepada generasi muda melalui institusi pendidikan. Terdapat beberapa
proses yang disusun oleh pihak penjajah dengan mengasingkan sekolah agama dan
sekolah ingeris diberi tempat-tempat yang mudah dicapai dan strategik serta
diberi sokongan kewangan oleh pihak penjajah. Dan pelajar lepasan sekolah
Inggeris diberi peluang pekerjaan yang baik sehingga orang menganggap dengan
pergi belajar di sekolah Inggeris, kehidupan mereka lebih terjamin dan lebih
menguntungkan.
Di sini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa pihak penjajah sengaja menampakkan
skop sekolah Inggeris dalam bentuk yang lebih luas bagi menanggapi pemikiran
umat Islam sebagai sesuatu yang menguntungkan. Manakala, sekolah agama
pula diberikan satu skop yang kecil sehingga umat Islam sebahagiannya
menganggap mereka tiada pekerjaan dan tiada peluang hidup yang lebih
luas.
Sedikit demi sedikit, umat Islam sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap
sekolah agama bagi membawa anak-anak mereka pergi belajar. Tambahan pula
dengan pihak penjajah membatasi lepasan pelajar sekolah agama dengan hanya
berada di masjid dan berfungsi sewaktu hari kebesaran sahaja. Penjajah
tidak memberikan hak-hak yang sepatutnya sepertimana para lepasan pelajar
sekolah inggeris dengan mana tidak diberi peluang menduduki jawatan-jawatan penting
dalam pentadbiran, berikutan golongan agama dihadkan pada hal ehwal ibadah dan
adat sahaja. Secara tidak langsung, pihak penjajah sedikit sebanyak telah
Berjaya menyempitkan skop ajaran Islam sebagai ad-din dalam sistem pendidikan
terhadap golongan pemuda yang mana merupakan satu golongan yang sangat bernilai
bagi sesuatu masyarakat itu. Inilah langkah awal dalam usaha pihak
penjajah mempengaruhi pemikiran umat Islam terhadap fahaman sekularisme.
Walaupun pada awalnya usaha penjajah ini disedari oleh umat Islam, ianya
sedikit demi sedikit mempengaruhi corak pemikiran masyarakat sehingga lepasan
yang terhasil dari dua institusi pendidikan saling tuduh-menuduh. Para
lepasan sekolah inggeris mengecam para lepasan sekolah agama sebagai orang terbelakang,
tradisional, tidak berdisiplin dan malas. Sementara para lepasan sekolah
agama menuduh para lepasan sekolah inggeris sebagai orang murtad, menjual
dirinya kepada penjajah dan berpakat dengan penjajah untuk menghancurkan negara
dan rakyat. Di sini secara jelasnya kita boleh lihat suntikan bisa
daripada penjajah telah membuatkan kesatuan umat Islam berpecah sedikit demi
sedikit dengan sendiri tanpa mendapat serangan berbentuk fizikal daripada pihak
penjajah.
Pertentangan antara kedua belah pihak semakin meruncing hingga puncaknya
penjajah mengangkat para pejabat negara dari alumni sekolah akademik dan
berkata alumni sekolah-sekolah agama bahawa politik itu penuh dengan
kebohongan, kekurangan dan kemunafikan. Maka oleh kerana itu, para alumni
sekolah-sekolah agama tidak pantas terlibat di dalamnya. Para penjajah
menenangkan fikiran orang-orang yang berfikiran polos dengan alasan tersebut
dan berhasil mewujudkan keinginannya iaitu memisahkan dari negara (sekularisme)
dan menjauhkan orang-orang beragama dari lingkaran kekuasaan. Akhirnya,
jawatan-jawatan penting oleh orang didikan penjajah dan lewat tangan merekalah
menghidupkan benih-benih pertentangan di antara rakyat satu negara.
Lihatlah, dari institusi pendidikan hingga ke dalam corak pentadbiran negara,
fahaman sekularisme telah disuntik sedikit demi sedikit sehingga melahirkan
satu kepincangan yang cukup seiring dalam kesatuan dan kekuatan umat Islam.
Keupayaan pengaruh barat dalam memancing perhatian umat Islam yang kaca hasil
bumi dengan menimbulkan segala macam kebanggaan terhadap dunia Barat.
Telah menjadi satu kelemahan yang dilihat jelas apabila umat Islam telah
dipalingkan perhatian daripada kekayaan dan keistimewaan yang sedia ada di bumi
umat Islam dengan melahirkan pelbagai kebanggaan terhadap dunia Barat yang
sudah miskin dan mundur dalam beberapa aspek keperluan insan. Ketakjuban
terhadap terus parah sehingga membuatkan sebahagian umat Islam secara terus
menerus bangga dengan segala macam perkara yang datang dari Barat sampai
terlupa apa yang telah Allah SWT anugerahkan di bumi mereka.
Pelajar-pelajar yang bijak pandai terus dihantar keluar negara dan ada
sebahagian menyumbang di bumi bukan Islam. Lalu, apa yang tinggal di bumi
umat Islam gagal dipertahankan oleh golongan-golongan yang berkemahiran dan
berilmu pengetahuan. Lalu, keadaan ini telah membuka ruang kepada orang
yang tidak berkelayakan mentadbir dan mengurus urusan-urusan penting yang
menjadi kekuatan ummah.
Secara ringkas keadaan ini dapat difahami dengan baik yang mana umat Islam
dilekakan dengan perkara-perkara yang jauh daripada mereka sehingga lupa dan
alpa bagi perkara-perkara yang sedia dianugerahkan oleh Allah SWT kepada
mereka. Sedangkan bagi setiap perkara yang ada pada mereka itu adalah
sesuatu yang hebat dan sangat istimewa untuk direnungi, difikirkan dan
disyukuri secara keseluruhannya.
Walaupun pada zaman sekarang, umat Islam sudah mempunyai ilmu pengetahuan dan
kemahiran, sehingga mampu menguruskan hasil buminya, tetapi ianya tidak
diperkukuhkan dengan kesyukuran dan kebanggaan terhadap hasil bumi mereka bagi
kemajuan umat Islam secara keseluruhannya.
Dalam erti kata lain, segala kemampuan dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan
dalam memanfaatkan sumber bumi yang sedia ada, ianya tidak dipusatkan kepada
kemajuan umat Islam dalam memperkukuhkan kekuatan ekonomi umat Islam.
Tanpa kefahaman sebegini, segala usaha yang digemblengkan tiada akan berjaya
digunakan bagi kemajuan umat Islam. Oleh sebab itu, perlunya kepada
pemahaman akan kepentingan usaha umat dalam menyumbang kepada beberapa aspek
penting dalam mengukuhkan kembali kekuatan dan mempertahankan umat Islam
daripada serangan golongan yang dengki terhadap kemurnian Islam.
No comments:
Post a Comment